FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Thursday, January 20, 2011

FiRsT oRiETeeRiNG..

Assalamualaikum..Hari ni kelas En. Hisyam..Alhamdulillah aku tak lewat macam hari tu..Pada pagi tu kami semua telah diajar oleh en hisyam bagaimana untuk menggunakan kompas dengan betul..Mula-mula pening juga tapi dah lama-lama aku faham juga..Selepas itu, En. Hisyam mengajar kami untuk mencari bearing di atas peta..Fuhhh, pening kepala aku nak tengok bearing tu tapi lama-lama ok gak..
Dah lepas belajar bagaimana menggunakan kompas dan mencari bearing kami dibahagikan kepada kumpulan..Antara ahli kumpulan aku ialah Izzudin dan Syuhada..Kami diberi masa untuk buat checkpoint sendiri..Aku, Din dan Syu agak keliru nak buat checkpoint masa tu..Maklumlah sebelum ni tak pernah nak buat macam tu..Kami punya checkpoint agak senang juga sebeb belum mahir lagi..hahaha..
Selepas semua kumpulan siap buat checkpoint masing-masing, kami semua memulakan aktiviti orienteering..Kumpulan aku dapat checkpoint untuk kumpulan cendol pulut..Pada mulanya kumpulan aku agak mudah untuk mencari checkpoint yang lain..Tapi bila kami nak pergi mencari checkpoint yang terakhir kami telah salah tempat..Agak lama untuk kami cari checkpoint tu..Kalau dah kat hutan tu pasti kumpulan aku dah sesat..Mngkin silap kami untuk baca bearing yang telah diberikan..Akhirnya kami dapat mecari checkpoint terakhir tu..Kumpulan aku berjaya mencatat masa 12 minit 30 saat..Tapi ada kumpulan yang lebih awal daripada kumpulan aku..Sekiranya kami dapat mencari checkpoint yang terakhir tu dengan cepat mungkin kumpulan aku tiba lebih awal..
Agak seronok juga aktiviti ini..Harap-harap nanti tak jadi macam tadi plak..hahaha..Walaupun kami kepenatan tapi kami semua amat gembira..
Selepas ni mungkin aktiviti berkayak pula..Macam mana la aku agaknya nanti kan..Tunggu la untuk post yang akan datang mengenai aku berkayak..hahaha..adios..

1 comment:

.syuhada m.mokhtar said...

FOR SURE, KITA LAMBAT TU, BUKAN SALAH AKU...!!!