FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Thursday, April 28, 2011

sCoRE OriENtEEriNG..

assalamualaikum..
nie last aktiviti kami untk klas outdoor.. kami semua brkmpul kat swimming pool.. sblm memulakan aktiviti En. Hisyam tlah memberi kterangan tentang score orienteering nie kpd kami..
setelah diberi kterangn kami pown memulakan aktiviti nie.. kami semua akn dilpaskan mngikut gliran.. setiap gliran dilpaskan dua orang serentak.. aku gliran yg ke 13 brsama adli safwan..
tiba giliran aku ngn adli plak.. pertama kami prlu membaca map yg tersedia.. aku pown tlis la maklumat yg akan dpt menolong aku.. dah tulis semua aku pown memulakan langkah menuju ke check piont yg ke 7 iaitu di Pusat Islam.. lepas tu aku pown pergi ke Dwan Annexe iaitu checkpoint yg ke 9.. rasa semangat tu msih ada lg.. aku pown mneruskan prjlan ke stadium iaitu checkpoint yg ke 5.. prjlanan ke satdium tu sbb dari Dwan Annexe tu agk jauh sbb aku tkar plan masa kat Dwan Annexe tu.. tapi masih tabahkan diriku.. lepas tu aku pergi ke Pusat Sukan iaitu checkpoint yg ke 6.. aku meneruskan perjalan aku ke checkpoint yg ke 3 kat bengkel knderaan.. lepas tu aku pergi ke Pusat Kesihatan iaitu checkpoint yg ke 4..
lepas tu aku pergi ke FSR iaitu checkpoint yg ke 2.. agk jauh perjalan aku sbab aku ptah balik dari Pusat Kesihatan.. aku masih mahu meneruskan perjalanan ku ke checkpoint yg ke 1 iaitu di Tangki Air.. dah lepas tangki air nie aku rasa mcm nak gve up plak sbb jln nak balik dah dkt.. tapi aku fikir balik last checkpoint nie dah dekat baik aku habiskan je iaitu kat Canseleri.. lepas tu aku pown pulang ke pengkalan iaitu di Swimming Pool..
samapi sana aku tengok ramai gak kwan aku dah de kat sana.. aku mengambil masa slama 1 jam 2 minit.. setelah semua ada kat sana En. Hisyam telah memberi keputusan.. untuk lelaki, Nazrul jadi juara dgn catatan masa 55 minit.. bagi perempuan pula oleh Rafidah dgn catatan masa slama 1 jam 21 minit.. tahniah buat Nazrul dan juga Rafidah.. aku dpt tmpat ke-3 je.. Azwar plak ke-2 untuk lelaki dan Hazirah tmpat ke-2 untuk perempuan dan yg ke-3 perempuan oleh Nadzirah.. walaupown penat tapi kami semua rasa happy sangat dan sedih sebab nie last aktiviti kami semua dan kami semua dapt sempat untuk ambil gmbar bersama..


nie adalah control card untuk aku..


kenangan kami bersama En. Hisyam..

Monday, April 18, 2011

MaNaGeMeNT GaMe...

assalamualaikum..
pe cite plak kali nie.. hahaha
hari nie aku nak berkongsi bagaimna kmplan aku buat management game lepas test knotting..

kami diberi masa untuk pkir apa game yg kami nak lakukan.. lpas masa dperunktukkan telah tmat kami semua prlu membntangkan kpd semua apa game yg kami nak buat.. mcam-macam game diorang buat.. yg klakar pown ade.. sampai kmplan aku plak bentangkan ape yg kami nak buat.. din dan awie menerangkan kpd semua mnakala aku, fatin dan datul tukang buat demo..

aku, fatin dan datul kena tutp mata, pastu awie bawa aku kemana-mana dan pe dia ckap aku kena ikut.. kalau dia ckap de longkang aku pown kena la lompat dan fatin dan datul pown ikut gak.. mase buat demo tu awie srh aku lompat.. tup tap air terpercik kat kaki aku.. rupanya de air kat situ.. semua orang gelakkan aku.. aku pown tak tahu sgt nape diorang glak.. lpas buat demo baru aku tahu yg awie slah bg arhan..hahaha

lepas semua dah bntangkan game diorang, baru lah En. Shariman bagi tahu management game yg sbnrnya.. punya lah senang rupanya.. hahaha.. pe la korang nie management game pown tak tahu ke.. hahaha

TesT kNoTTinG..

assalamualaikum...
kali nie En. Hisyam akan menguji ikatan kami yg telah beliau ajar sblm nie.. alhamdulillah dpt gak aku ingt smuanya.. TAPI... ape agaknye..

kami semua berkmpl d kenanga sprti yg tlh dijnjikan.. kami semua membhagi kmplan mengikut kmpln low rope course yg lpas iaitu aku, din, awie, fatin dan datul.. kmplan kami tlah diambl alih oleh En. Muhammad Ridzwan.. dia mewakili En. Hisyam untk test knotting kami..

kmplan demi kumpulan telah pergi, kini giliran kmplan kami pula.. aku pergi dengan pnuh ketenangan.. first kena buat reef knot.. aduh kantoi la plak.. ikatan yg senang xdpt.. rugi je mrkh aku.. lps tu aku buat ngan pnuh berhati-hati.. alhamdulillah aku dpt buat ikatan yg lain dgn smprna.. fuhh lega rsenya.. hehehe.. ahli kmpln aku yg lain jga dpt buat test tu dgn smprna gak tapi de gak yg kantoi sikit cam aku nie.. awie dpt full mark untuk test knotting nie aku rase sbb smua ikatn dia dpt buat.. tahniah untuk ang awie.. hahaha..

lpas semua dah wat test knotting kami semua kena buat satu management game.. tunggu kat post yg akan dtg.. pe kmplan aku wat untuk mnagement game tu.. hahah

Friday, April 15, 2011

LoW RoPe cOuRsE..

assalamualaikum dan salam sejahtera..
setelah persiapan berjalan lancar kini tibalah masa untuk kami mempraktikkan low rope course.. pada pgi tu kami berkumpul di tempat yg dijanjikan.. setelah sampai kami mengeluarkan barang-barang yg hndk kami gunakan.. setelah En. Hisyam smpai, kami semua diminta untuk membuat low rope course mengikut kumpulan yg telah di beri.. kumpulan aku buat 'chicken walk'..
hmpir satu jam jgk kami nak buat low rope course nie.. setelah semua siap, En. Hisyam telah memilih Din untuk buat demo untuk semua low rope course.. antara low rope cousre yg kami buat adalah chicken walk, high postman walk, foot loop, criss cross, forward tension traverse, multi vine dan leopard crawl..
selepas itu, kami pula yg melakukannya mengikut kumpulan.. hnya seorang untuk setiap kumpulan krn baki empat orang lagi perlu menjaga di sisi rakan masing-masing supaya tidak jatuh..
kumpulan aku didahului oleh din, datul, fatin, awie dan aku yg terakhir.. tapi malang menimpa kumpulan kami krn fatin telah jatuh dua kali ketika di foot loop.. dia hmpir give up nak truskan tapi kami berusaha untuk meyakinkannya.. akhirnya dia dpt juga menamatkan segala rintingan tersebut.. syabas buat fatin dan juga rakan-rakan yg lain krn berjaya melakukan aktiviti nie dgn jayanya..

pErSeDiaaN LoW RoPe cOuRsE..

assalamualaikum..
setelah kami mempelajari teori tentang low rope course kami pun buat praktikal plak.. ahli kumpulan aku adalah aku, din, awie, fatin dan datul.. setiap kumpulan perlu buat satu low rope course dan kami telah memilih untuk membuat 'chicken walk'.. antara peralatan yg digunakan adalah pp rope, guni dan kayu.. aku dan awie nak kena cari kayu.. din isi borang nak pnjam barang manakala fatin dan datul kena cari tempat untuk kami buat low rope course.. merata tmpat aku dan awie nak cari kayu.. alhamdulillah kami dpt gak cari kayu yg dicari.. hahaha
pada hari sebelum kami buat praktikal kami pergi ke stor peralatan untuk menyiapkan barang yg perlu digunakan pada praktikal nanti.. kami meminjam pp rope, guni, gloves dan helmets..

Saturday, April 2, 2011

tHeOrY cLaSs..

Assalamualaikum..
Setelah kami semua membuat abseiling kini kami akan di ajar low rope course plak.. Sebelum kami semua melakukan aktiviti nie, kami semua belajar teori dahulu tentang low rope course.. En. Hisyam telah menunjukkan kpd kami bagaimana untuk melakukan aktiviti nie melalui slide show..

Low rope course mempunyai beberapa elemen iaitu:
1. swinging tyres
2. balance beam
3. criss cross
4. foot loop
5. burma bridge
6. jacob's ladder
7. monkey cross
8. high postman walk
9. forward/backward tension traverse
10. chicken walk
11. leopard crawl
12. spider's web

Monday, March 21, 2011

SR113 BeR aBsEiLiNG..

Assalamualaikum..
Waktu yang ditunggu telah tiba.. Tanggal 9 MAC 2011 kami berkumpul di menara seperti yang dijanjikan.. Hari nie aku dan rakan-rakan yg lain akan berabseiling.. Setelah sampai di destinasi iaitu tingkat 11 di menara, kami semua membuat persiapan untuk ari nie..
perlu mengira barang2 yg kami pnjam.. mana lah tahu kowt2 bley tersalah kira plak mase pnjm 2 nnti..

Setelah segala persiapan dilakukan En. Hisyam telah memberi tunjuk ajar kpd kami sebelum membenarkan kami memulakan aktiviti nie..



Setelah diberi tunjuk ajar oleh En. Hisyam, kami pula mempraktikkan segala yang diajar oleh En. Hisyam..



Sebelum memulakan abseiling kami semua berdoa minta kberkatan.. Aku org pertama yg buat abseiling nie.. hahaha.. Berdebar hati aku rasanya.. Mana tak nya baru pertama kali nak wat tiba2 jd org pertama yg kena buat plak.. Aku pown memberanikan diriku..
hehehe.. tu lah aku.. Selepas aku Jannah plak yg buat.. dye tengah tunggu giliran la tu.. Mmg best aktiviti nie.. Rase nak buat lagi je tapi... masa tak mencukupi..

Salah seorang dari rakan ku iaitu Syuhada, dye nie tkot ngan tinggi sikit.. Tapi dengan bantuan dari fasi dan rkan2 memberi semangat, dye akhirnya berjaya turun dengan selamat..


Setelah semua selesai, kami semua kemas segala peralatan yg telah kami gunakan untuk dipulangkan.. ok sampai sini coretan untuk aktiviti abseiling kali nie..

Wednesday, March 2, 2011

KeLaS OuTDooR..


Assalamualaikum..
Hari nie kelas outdoor yang pertama setelah selama 3 minggu diberi cuti.. Namun En. Hisyam tidak dapat hadir kerana ada masalah.. Walaupun En. Hisyam tidak dapat hadir tetapi kelas outdoor tetap ada.. Kelas En. Hisyam telah diganti oleh En. Muhammad Ridzwan.. Dia adalah seorang bekas pelajar En. Hisyam dan dia telah diminta untuk mengajar kami teori abseiling..
En. Ridzwan telah menerangkan jenis-jenis barang yang digunakan untuk aktiviti nie dan kegunaan barang-barang tersebut..





Selepas itu En. Ridzwan telah membuat demo pada pokok yang ada supaya kami dapat melihat dengan jelas.. Tengok macam seronok je.. Tapi tak tahu lah nanti apa perasaan bila pergi abseiling nanti.. hahaha..
Minggu depan mungkin En. Hisyam pula yang akan memberi teori tentang abseiling.. Rindu plak kat En. Hisyam.. hehehe..
Sampai di sini sahaja coretan pada kali ini.. Jumpa pada pOst yang akan datang..

Monday, February 28, 2011

SaLaM PeRPiSaHaN..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya kami semua dapat menjalani aktiviti perkhemahan kami pada kali ini.. Memang seronok bila dapt join aktivit macam nie.. Tapi nak buat macam mana sebab nie lah intro dan final camp..
Setelah aktiviti membasuh selesai kami berkumpul buat kali terakhir.. Masa nie lah kami semua minta maaf kepada semua orang dan yang paling penting minta maaf kepada fasi dan juga lecture.. Untuk menutupi majlis nie kami semua diarah meniup wisel masing-masing tandanya tamatlah perkhemahan kami pada kali ini.. Bising seketika Uitm Shah Alam pada hari nie..




sebelum kembali ke katil di bilik masing-masing kena lah ambil gambar dulu..hehehe..adios..

AkTiViTi MeMBeRSiH..

Assalamualaikum..
Hari nie merupakan last day kami semua untuk kem pada kali nie.. Tapi sebelum kami dibenarkan balik, kami perlu membasuh segala peralatan yang telah kami gunakan untuk kem pada kali ini.. Antara barang yang kami kena basuh seperti kayak, khemah, kanvas, tandas dan lain-lain..




Lama juga kami membasuh segala peralatan yang telah digunakan.. Tapi dengan berkat sabar dari semua orang akhirnya segala kerja terlaksana juga..

SeLaMaT TiNGGaL TaSiK cHeNDeRoH..

Assalamulaikum..
Hari nie adalah hari terakhir kami semua berada di Tasik Chenderoh.. Kami semua akan bertolak ke Shah Alam untuk Majlis Penutup untuk kem pada kali nie..
Dalam keadaan mengantuk kami semua mengemas barang kami untuk balik ke Shah Alam.. Kami juga mengemas khemah dan segala peralatan yang kami bawa.. Setelah selesai mengemas semua barang, kami membersihkan kawasan perkhemahan kami.. Kami menimbus longkang yang telah di buat sebelum nie.. Agak lama juga masa yang diambil untuk mengemas kesemua barang-barang..
Kami semua berkumpul dan berjalan kaki ke tempat kami turun sebelum nie.. Tepat jam 1330 bas pown sampai.. Tapi malangnya bas yang dah sampai tak mencukupi.. Maknanya adalah yang kena tunggu bas yang lain datang.. Salah seorangnya adalah aku.. Agak lama juga kami menunggu bas yang lain datang..Pada jam 1700 bas yang kami tunggu akhirnya sampai.. Kami pown menaiki bas itu.. Selamat tinggal Perak dan Shah Alam kami akan datang.. Dalam bas apa lagi semua orang tidur termasuklah aku..hahaha.. Sedar-sedar dah sampai Shah Alam..
Sampai je Shah Alam dah malam.. Pada malam nie merupakan Majlis Penutup untuk perkhemahan kami pada kali ini.. Setelah selesai ucapan dari semua tetamu kami semua dihidangkan makanan.. Kami semua beratur untuk mengambil makanan.. Makanan yang ada pada malam nie memang sedap.. Setelah selesai semuanya kami pOwn tidur.. Sebab esok kami kena membasuh segala peralatan yang telah kami gunakan ketika di Tasik Chenderoh..
Sampai di sini sahaja coretan aku pada kali nie..

LeMaK MaNiS..

Assalamualaikum...
Pada sebelah malam sebelum kami bertolak ke Shah Alam, kami main satu game yang telah disediakan oleh fasi dan lecture kami.. Tajuk aku kali nie memang de kena mengena ngan game nie.. Aku tak tahu plak pe nama game nie tapi dia macam mencari sesuatu barang dengan klu-klu yang di beri kan..
Kami semua perlu mengumpul kesemua checkpoint yang disediakan.. Klu yang diberikan dalam bentu pantun.. Kami perlu memikirkan jawapan dari pantun tersebut barulah kami dapat mengetahui di mana klu yang lain.. Sebelum kami menjumpai checkpoint yang ke 6 dan seterusnya, kami perlu menjawab soalan yang disediakan.. Soalan nie pelik sikit sebab diaorang tanya melalui lagu Lemak Manis.. Kami pOwn perlu menjawab soalan itu mengikut rentak lagu Lemak Manis tu.. Pada cubaan pertama kali kami gagal.. Kami semua berbincang dan akhirnya cubaan kali kedua kami berjaya.. Kami mendapat klu yang di beri.. Akhirnya dengan usaha gigih kami, kami dapat menjumpai barang yang perlu di cari iaitu beg plastik.. Apa yang ada dalam beg tu.. Kami membukanya dan mendapati di dalamnya terdapat makanan ringan.. Untuk makluman, sepanjang kem kami tidak dibenarkan membawa makanan ringan dan makanan dari luar.. Tak tidur malam kami semua pada hari tu sebab nak menghabiskan game tu ngan cepat.. Semua orang pOwn tak tidur.. Walaupun mengantuk tapi kami amat gembira sebab kami semua dapat bekerjasama dan berusaha mencari HARTA KARUN tu..
Sampai sini untuk Lemak Manis pada kali nie.. adios..



menjamah HARTA KARUN..

CamP cRaFt..

Assalamualaikum..
Nie adalah aktiviti yang terakhir untuk Tasik Temenggor.. Aktiviti nie merupakan aktiviti yang lebih rilek dari semua aktiviti.. Kami diarahkan untuk membersihkan kawasan tapak perkhemahan, membuat longkang yang tak siap, buat ampaian dan banyak lagi..
Group aku telah diarahkan membetulkan kawasan dapur.. Sampai kat kawasan dapur, fasi telah memberitahu apa yang perlu kami buat.. Kami membetulkan tiang yang hampir roboh.. Kami menggantikan dengan tiang yang baru.. Setelah selesai semua kerja di dapur, kami diarahkan membantu rakan-rakan yang masih belum siap kerja masing-masing.. Kami menolong menyediakan ampaian.. Sebelum nak wat ampaian kami mengambil buluh yang berada di belakang tapak perkhemahan kami.. Sebelum nie aku hanya pernah lihat ayahku memotong buluh tapi kali nie aku pula yang potong buluh tu dengan sendiri.. Tapi buluh aku tu kecik je kalau nak dibandingkan dengan buluh yang ayah aku potong dulu.. Janji buluh gak..hahaha.. Masa nak wat ampaian tu kami pOwn praktikkan segala knotting yang telah kami pelajari sebelum nie..
Pada sebelah petang pula, semua kerja telah siap dilakukan oleh semua ahli Tasik Temenggor.. Kami semua berkumpul di khemah pusat.. Kami semua main something game yang mana setiap gunung perlu menyediakan sesuatu game untuk group lain.. Macam-macam game yang kami semua buat termasuklah main teka teki, lari-lari dan pelbagai lagi game yang telah diilhamkan oleh mereka semua.. Gelak ketawa kami semua pada petang tu tak terkecuali fasi juga.. Mana tak nya, macam-macam perangai budak-budak nie.. Memang seronok sangat pada kali ini..
Sampai sini saja coretan untuk aktiviti camp carft pada kali ini.. Berjumpa lagi pada pOst yang akan datang.. adios..

Sunday, February 27, 2011

Di TaSiK cHeNDeRoH aKu BeRKaYaK..

Assalakualaikum..
Sebelum nie aku berkayak kat Tasik Shah Alam tapi kali nie aku akan berkayak kat TASIK CHENDEROH.. yahoooo.. Berkayak kat sini lebih mencabar dan memenatkan diriku..hahahaha
Pada sebelah pagi setelah selesai solat subuh, Malaysia Cergas dan sarapan pagi, kami semua berkumpul kat khemah pusat.. Pagi nie kami semua hanya belajar teori tentang kayak.. Cik Megat dan Cik L merupakan fasi untuk aktiviti kayak untuk Tasik Temenggor nie.. Kami semua mempelajari jenis-jenis kayak, anatomy of kayak, paddle dan sign bila berkayak.. Walaupun bdk Shah Alam dah tahu, tapi kami semua tetap belajar juga untuk menambah ilmu lagi..
Selesai kelas teori, kami diarahkan untuk pergi ke tasik untuk buat Water Trading.. Kami semua memakai PFD.. Setelah masuk ke tasik kami diarahkan untuk pergi ke tengah tasik dan buat bulatan besar.. Tapi malangnya bulatan tu tak menjadi..hahaha.. Kami semua diarahkan pula membuat no 10.. Nasib tak menyebelahi kami, no 10 tu pOwn tak berapa nak menjadi sangat.. Setalah selesai buat water trading, kami rehat dan menunggu waktu solat zuhur dan makan..
Lepas makan dan solat, kami berkumpul untuk menaiki kayak.. Tapi sebelum kami dibenarkan menaiki kayak kami perlu mencari pasangan untuk berkayak tapi mesti laki dan perempuan.. Aku dengan Erni.. Dia dari Jengka dan merupakan ahli Gunung Santubong juga.. Kami semua telah menaiki kayak masing-masing.. Sebelum pengembaraan bermula, kami diarah membuat RAFTING untuk berkumpul.. Selepas taklimat diberi kami semua dilepaskan secara bergilir-gilir.. Din dari group aku jadi ketua bagi aktiviti kali nie..So, dia kena lah berkayak bersendirian tanpa berpasangan..
Aku ngan Erni pOwn memulakan dayungan berkayak.. Si Erni nie baru first time nak berkayak.. So aku pOwn ajar lah dia bagaimana nak berkayak walaupun aku masih belum mahir.. Mula-mula susah gak nak kawal.. Kejap kekiri kejap kekanan kayak kami tu.. Bak kata fasi zig zag.. Nasib baik dia nie cepat belajar, kami pOwn dapat mengawal kayak dengan baik.. Kami rasa kami pula yang lebih laju daripada yang lain..hehehe..
Sampai ke checkpoint yang pertama, kami semua membuat rafting.. Lama juga masa yang kami ambil untuk membuat rafting.. Maklumlah ramai pada masa tu.. Selepas buat rafting, setiap orang mesti buat capsize.. Aku ngan Erni kena tukar kayak ngan orang lain sebab kayak kami tak sesuai nak buat capsize.. Setelah bertukar kayak, kami pOwn buatlah capsize tu.. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya.. Setelah semua selesai kami pOwn meneruskan perjalanan..
Dalam perjalanan kami dapat melihat keindahan yang terdapat di Tasik Chenderoh nie.. Sampai di checkpoint satu lagi, seperti biasa kami perlu membuat rafting.. Kali nie kami perlu bertukar kayak semasa rafting.. Kenalah jalan kat atas kayak tu.. Kami perlu pegang kayak dengan kuat supaya kawan kami yang hendak menukar kayak tidak jatuh.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Kami Pown meneruskan perjalanan..Agak jauh juga perjalanan kami.. Aku Pown dah berasa penat.. Belum pernah aku berkayak lama macam nie.. Kat Tasik Shah Alam dulu berkayak kejap je.. Nak wat cam ne kenalah teruskan berkayak kalau tak kami akan ketinggalan..
Sampai kat checkpoint yang lain, kami Pown buat rafting lagi.. Kali nie kami akan melalui di antara bunga teratai yang ada di situ.. Kami semua berjaya melaluinya..
Hari hampir gelap, fasi menyuruh kami supaya berkayak dengan cepat supaya tidak terlambat dan bergelap la kat tasik tu.. Akhirnya kami pown sampai ke camp site kami.. Bila kami sampai rupanya dah Maghrib.. Agak lama juga kami berkayak pada hari ini.. Penat pown tak terkata.. Nielah pengalaman aku sepanjang berkayak di Tasik Chenderoh.. Tak akan aku lupakan..
Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini.. Semoga berjumpa pada pOst yang akan datang..
Antara gambar semasa kami berkayak.. Tapi gambar aku tak ada..


Din sebagai ketua untuk group kami..


seronok nya mereka..

Saturday, February 26, 2011

tReKKiNg TiMe..

Assalamualikum.. Aktiviti kedua untuk Tasik Temenggor adalah trekking.. Nie lah first time aku nak trekking.. Tak sabar rasanya aku nak mendaki puncak Mandi Angin menurut daripada fasi-fasi..
Sebelum mendaki, kami semua di beri taklimat terlebih dahulu kemudian diikuti warm up.. Mana lah tahu masa mendaki nanti de plak yang cramp kaki..hehehe..Selepas taklimat dan warm up, kami semua pergi ke tasik.. Nape nak ke tasik plak walhal nak pergi mendaki nie.. Sebabnya sebelum mendaki kami semua perlu berenang ke satu tempat yang lain menggunakan PFD.. Semasa berenang, Din telah menjadi ketua bagi group aku sebab dia nie pandai berenang daripada yang lain..
Setelah berenang, kami semua berjalan kaki menuju ke gunung untuk kami mendaki.. Group aku telah dipimpin oleh Cik Ann dan Cik Umi.. Setelah sampai kami pun mula mendaki.. Group kami adalah group yang pertama mendaki diikuti gunung yang lain.. Cuaca pada waktu pOwn tak de lah panas sangat.. So, kurang lah penat sikit.. Dalam perjalanan menuju ke puncak, salah seorang dari group kami iaitu Syira mengalami kekejangan.. Kami semua memberi kata semangat supaya dia tidak berputus asa.. Banyak juga halangan yang perlu di tempuhi.. Setelah beberapa jam, akhirnya kami semua telah sampai ke puncak Mandi Angin.. Kami semua berehat di situ.. Angin di situ agak sejuk.. Mungkin nie lah sebab nya dia di panggil Mandi Angin..hehehe..
Sambil berehat kami menikmati bekalan yang telah disediakan.. Kami menikmatinya seperti biasa iaitu makan bersama.. Setelah selesai berehat, kami pOwn memulakan perjalanan untuk menuruni gunung nie plak.. Semasa dalam perjalanan, Cik Ann telah memberi kami sedikit pengetahuan tentang bunga-bunga yang ada di situ.. Banyak juga yang Cik Ann tahu tentang bunga-bunga di sini..
Akhirnya kami berjaya turun dengan selamat dan jayanya..Sebelum kami meneruskan perjalanan, kami berehat sebentar bersama group yang lain.. Aku lihat muka masing-masing sangat gembira..
Untuk sampai ke kem kembali, kami dikehendaki berenang kembali.. Aduhh.. Alhamdulillah, akhirnya semua sampai dengan selamat.. Banyak pengalaman yang dapat kami semua perolehi dan juga kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..
Bawah ni gambar ketika dalam perjalanan mendaki dan menuruni gunung nie..

GUNUNG SANTUBONG..

merawat kaki Syira yang sakit..

pemandangan daripada atas..

gelagat ketika di puncak..

heppy nya mereka..

S.O.A.D-LoNeLy DaY..



Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day in my life

Such a lonely day
Should be banned
It's a day that I can't stand

The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life

Such a lonely day
Shouldn't exist
It's a day that I'll never miss

Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life

And if you go,
I wanna go with you
And if you die,
I wanna die with you
Take your hand and walk away

The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life


Such a lonely day
And it's mine
It's a day that I am glad I survived.

oRiEnTeeRiNg D' TaSiK cHeNDeRoH..

Assalamualaikum.. Hari nie aku nak ceritakan group aku berorienteering kat Tasik Chenderoh.. Kami semua berkumpul bersama-sama setelah menjalani aktiviti survival..
Sama seperti ketika orienteering kat Shah Alam, tapi kali nie kami berorienteering kat dalam hutan.. Mencabar gak orienteering kat dalam hutan nie.. Setelah semua kumpulan siap pelan masing-masing, orienteering pOwn bermula..
Alhamdulillah group kami berjaya menjumpai setiap checkpoint dengan kerjasama dari semua ahli dari Gunung Santubong.. Tapi sebelum kami bermula, kumpulan aku ada perselisihan faham sikit.. Nak baca kompas pOwn de masalah.. De yang cakap kena baca macam nie lah.. Tapi akhirnya semua tu dapat kami selesaikan.. Kerjasama memang penting dalam aktiviti nie.. Ketika sibuk mencari checkpoint, kami semua menjumpai banyak buah durian tapi kami tak ambil pOwn sebab tu bukan hak kami.. Walaupun baunya menusuk ke hidung kami, tapi nak wat cam ne dah tu bukan hak kami.. Hanya mampu ambil bau je pOwn jadilah..hahaha
Samapi sini je coretan aku tentang orienteering kat Tasik Chenderoh pada kali nie.. Semoga berjumpa pada pOst yang akan datang..

Tuesday, February 22, 2011

SuRViVaL TiMe..

Assalamualaikum...
Aktiviti pertama untuk kumpulan Tasik Temenggor adalah survival..Dalam Tasik Temenggor terbahagi kepada 5 kumpulan gunung iaitu Gunung Siku, Gunung Ledang, Gunung Jerai, Gunung Angsi dan kumpulan aku iaitu Gunung Santubong..Dalam Gunung Santubong, kami dibahagikan kepada dua kumpulan pula..Group yang pertama adalah aku sendiri, Ryzal, Azizul, Zul, Erni dan Syira..
Sebelum kami bertolak ke tempat survival, kami terlebih dahulu diberi penerangan tentang survival..Apa yang boleh di bawa dan apa yang tidak boleh di bawa semasa survival..Kami membawa 2 botol air, sejadah, telekung untuk perempuan, kain pelekat dan baju sejuk..Setiap kumpulan pula dibekalkan mess-tin, beras, garam, telur, tepung, teh, gula, flying sheet dan mancis 3 batang..Agak-agak boleh tak anda gambarkan apa yang boleh di buat dengan barang yanr telah disediakan..Nanti aku ceritakan apa yang kami buat dengan barang yang disediakan..
Sebelum kami menaiki bot, kami semua di rendam di tasik itu..Adalah sebab tertentu mengapa kami semua di rendam dahulu..Kemudian kami menaiki bot dan menuju ke tempat survival..
Setelah sampai di temapt survival, kami telah dipecahkan ke tempat survival masing-masing..Setelah sampai di sana, aku bersama kumpulan aku menyiapkan khemah seperti yang telah kami praktik apa yang telah dipelajari sebelum ini..Malang tak berbau, hujan mula turun..Kami segera menyiapkan khemah supaya dapat kami berteduh..Sambil menyiapkan khemah, Ryzal dan Azizul mencari kayu api..Setelah semuanya selesai, kami menyalakan unggun api supaya kami tak kegelapan..
Pada malam itu, kami memberi tugas secara bergilir untuk menjaga unggun api tersebut sehingga pagi..Pada malam itu kami kelaparan, lalu kami menggunakan apa yang telah di beri sebelu ini..Kami memasak nasi bersama telur..Alhamdulillah, menjadi juga nasi yang kami masak..Kami makan bersama selepas itu..Barang lain yang tidak kami gunakan kami simpan sahaja..Sebab dah tak tahu nak buat pe ngan barang tu..hehehe..
Aku rasa malam tu macam lama sangat sebab tak tahu pukul berapa kerana kami tidak dibenarkan membawa jam..Kami bergilir-gilir untuk menjaga unggun api pada malam itu..Walaupun mengantuk, kami tetap jaga unggun api tu supaya kami tak kegelapan..
Pagi telah menjelma..Kami menunggu sehingga dibenarkan pulang..Tak lama kemudian, kami telah di bawa keluar untuk berkumpul..Sebelum meninggalkan tempat itu, kami membersihkan kawasan tersebut..Alhamdulillah aktiviti survival kami akhirnya tamat dengan jayanya..Rasa macam nak buat lagi aktiviti ni..Maklumlah sebelum ni tak dapat nak merasa aktiviti ni..Segala kenangan pada malam itutak akan aku lupakan..
Sebelum kami meniggalkan tempat survival, kami semua membuat orienteering sama seperti yang telah kami buat ketika di fakulti..Tapi aku akan ceritakan pada coretan yang baru..Sama-samalah kita nantikan ye..hehehe..adios amigos..

Saturday, February 19, 2011

PeRTaMa KaLi Ke TaSiK cHeNDeRoH..

Assalamualaikum...
Pada 29/02/2011 kami semua bertolak ke destinasi yang ingin ditujui iaitu Tasik Chenderoh yang sudah sedia menanti kunjungan kami semua..hahaha..
Setelah kami sampai, kami semua berjalan kaki untuk pergi ke tapak perkhemahan kami..Sebabnya bas manalah dapat jalan kat kawasan kebun..Dari tapak perkhemahan kami, kami semua dapat melihat keindahan alam semulajadi yang sungguh indah..Tak rugi aku pergi ke sini..
Selepas itu kami semua mendirikan khemah untuk tempat kami berteduh..Sebelum itu kami mengemas kawasan tersebut..Kami gunakan ilmu yang telah dipelajari sebelum ini..Nasib tidak menyebelahi kami kerana pada hari itu hujan telah turun..Walaupun hujan kami semua bersama menyiapkan segala kerja kami supaya memudahkan kami semua..Setelah bekerjasama akhirnya segala kerja kami siap..
Ok sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini..Semoga bertemu di coretan yang baru..adios..

Friday, February 18, 2011

BeRKuMPuL..

Assalamualaikum..Pada tanggal 28/02/2011, hari Jumaat, jam 15:00..
Kami semua telah berkumpul di Kolej Kenanga..Pada hari nie kami semua mengangkat barang-barang keperluan untuk camp seperti kayak, khemah dan lain-lain ke dalam lori..Penat gak angkat barang-barang tu semua tapi semangat nak pergi camp punya pasal penat tu kejap je..
Lepas siap angkat barang-barang masuk dalam lori, kami semua buat persiapan untuk majlis perasmian final camp nie..Semua persiapan hanya ala kadar sahaja..Pada malam perasmian tu, kami semua diberi taklimat dan mengenali lecture dan fasilitator yang akan mengikuti dan menjaga kami di Tasik Chenderoh nanti..Selain tu, kami semua dapat mengenali ahli-ahli kumpulan kami yang terdiri dari Uitm Shah Alam, Uitm Jengka, Instedt dan Kolej Shah Putra..Kumpulan aku diberi nama Gunung Santubong dan ahlinya adalah izzuddin, ain anati, fadhirul, syuhada, azizul, ryzal, zulkifli, azyia,nurasyira, erni, amat eppy, syed.
Lepas majlis perasmian, masa untuk tidur sebab kami semua akan bertolak ke Tasik Chenderoh pada pagi esok..
Sampai disini sahaja coretan untuk kali nie..Semoga berjumpa lagi..adios..

Monday, February 14, 2011

BeRKaYak Di TaSiK sHaH aLaM..

Assalamualaikum..
Buat pertama kali nye dalam hidup aku berkayak..Tak sabar rasa nye aku nak menakluki Tasik Shah Alam dengan kayak..hahaha..Sebelum kami dibenarkan berkayak di tasik, kami semua di ajar bagaimana nak berkayak, mengenali jenis-jenis kayak..Antara nya mandesta, slalom dan sit on top..
Lepas praktikal kat darat, kami semua dibenarkan berkayak kat tasik..Tak sabar rasa nye aku nak berkayak..Maklumlah tak pernah nak berkayak sebelum ni..hehehe..Tapi kayak yang ada tak mencukupi..Aku ngan Wan kena lah tunggu giliran nak berkayak..
Aku ngan Wan dah bersedia nak berkayak..Aku duduk depan atau dikenali sebagai bowman dan Wan dok kat belakang iaitu sternman..Mula-mula janggal gak aku ngan wan nak control kayak nie..tapi dah lama sikit ok gak kami control kayak tu..Penat gak berkayak kat tasik ni..
Lepas tu kami semua berkumpul nak balik ke uitm..Semua gembira bila dah dapat belajar berkayak walaupun penat..

Thursday, January 20, 2011

FiRsT oRiETeeRiNG..

Assalamualaikum..Hari ni kelas En. Hisyam..Alhamdulillah aku tak lewat macam hari tu..Pada pagi tu kami semua telah diajar oleh en hisyam bagaimana untuk menggunakan kompas dengan betul..Mula-mula pening juga tapi dah lama-lama aku faham juga..Selepas itu, En. Hisyam mengajar kami untuk mencari bearing di atas peta..Fuhhh, pening kepala aku nak tengok bearing tu tapi lama-lama ok gak..
Dah lepas belajar bagaimana menggunakan kompas dan mencari bearing kami dibahagikan kepada kumpulan..Antara ahli kumpulan aku ialah Izzudin dan Syuhada..Kami diberi masa untuk buat checkpoint sendiri..Aku, Din dan Syu agak keliru nak buat checkpoint masa tu..Maklumlah sebelum ni tak pernah nak buat macam tu..Kami punya checkpoint agak senang juga sebeb belum mahir lagi..hahaha..
Selepas semua kumpulan siap buat checkpoint masing-masing, kami semua memulakan aktiviti orienteering..Kumpulan aku dapat checkpoint untuk kumpulan cendol pulut..Pada mulanya kumpulan aku agak mudah untuk mencari checkpoint yang lain..Tapi bila kami nak pergi mencari checkpoint yang terakhir kami telah salah tempat..Agak lama untuk kami cari checkpoint tu..Kalau dah kat hutan tu pasti kumpulan aku dah sesat..Mngkin silap kami untuk baca bearing yang telah diberikan..Akhirnya kami dapat mecari checkpoint terakhir tu..Kumpulan aku berjaya mencatat masa 12 minit 30 saat..Tapi ada kumpulan yang lebih awal daripada kumpulan aku..Sekiranya kami dapat mencari checkpoint yang terakhir tu dengan cepat mungkin kumpulan aku tiba lebih awal..
Agak seronok juga aktiviti ini..Harap-harap nanti tak jadi macam tadi plak..hahaha..Walaupun kami kepenatan tapi kami semua amat gembira..
Selepas ni mungkin aktiviti berkayak pula..Macam mana la aku agaknya nanti kan..Tunggu la untuk post yang akan datang mengenai aku berkayak..hahaha..adios..

Monday, January 17, 2011

oRiEnTeERinG...

Assalamualaikum..17/01/2011..hari ni kelas outdoor pukul 3 petang sampai 4 petang..hari ni aku datang lambat sikit..ntah cam mana aku boleh lambat plak hari ni..hahaha
Hari ni kami semua belajar tentang orienteering..pada petang tu,kami semua dapat melihat gambar yang telah diambil oleh en. hisyam tempat-tempat untuk camp nanti..menarik juga tempat tu aku tengok..harap-harap dapat la enjoy kat sana..hahaha..
Barang-barang untuk orienteering adalah seperti control marker,master map,map,compass,red pen,control card,punches,control description dan whistle..hari rabu ni nak kena bawa manilakad,marker pen dan tape..
Ok lah sampai di sini saja coretan aku kali ni..tunggu post yang akan datang pula..semoga hari rabu nanti tak lewat datang ke kelas lagi..hahaha..adios..

Thursday, January 13, 2011

OuTdOOr ReCReaTiOn

Aku baru belajar ikatan baru dan cara-cara untk mndiri kn khemah d0rm dan khemah pusat..aku menolong kwn aku mndiri kan khemah pusat..kami praktik kan segala ikatan yg telah kami pelajari sebelum ini..banyak ikatan yg belum aku ingat lg..kami saling bantu membantu untk mendirikan khemah..selepas ni kami akan belajar berkayak pula..harap-harap aku tak jatuh nanti..hahaha..0k la nanti kita jumpa lagi...assalamualaikum..

Sunday, January 9, 2011

BeRHeNTi MeRoKoK

Setiap sedutan pasti membawa padah..
Menghisap dan ketagihan hanyalah nikmat yang memberi masalah kepada anda..Berpandukan kepada fakta, ketagihan dadah dan rokok akan memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat..Malah ia akan memusnahkan nilai murni sifat kemanusian..

Rokok..
Mengandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru-paru seperti barah dan tibi..Malah dengan kekerapan merokok, ia akan menjadi pendek umur..

Setiap sedutan asap rokok akan memberi kesan yang buruk kepada otak,dan akan mengakibatkan pendarahan..Inilah menjadi punca ramai dikalangan perokok- perokok amat terdedah kepada risiko yang amat merbahaya dan pendek umur.

Saturday, January 8, 2011

FoR ThE FiRsT TiMe...

Pening kepala aku fikir pe nak tulis..Maklumlah baru pertama kali wat blog..Aku tengok kawan-kawan aku semua da buat..Ok jugak blog dyeowg aku tengok..Xpe nanti aku wat cam dyeowg plak..Hahahahaha..Jumpe lagi nanti..chowwww..