FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Tuesday, February 22, 2011

SuRViVaL TiMe..

Assalamualaikum...
Aktiviti pertama untuk kumpulan Tasik Temenggor adalah survival..Dalam Tasik Temenggor terbahagi kepada 5 kumpulan gunung iaitu Gunung Siku, Gunung Ledang, Gunung Jerai, Gunung Angsi dan kumpulan aku iaitu Gunung Santubong..Dalam Gunung Santubong, kami dibahagikan kepada dua kumpulan pula..Group yang pertama adalah aku sendiri, Ryzal, Azizul, Zul, Erni dan Syira..
Sebelum kami bertolak ke tempat survival, kami terlebih dahulu diberi penerangan tentang survival..Apa yang boleh di bawa dan apa yang tidak boleh di bawa semasa survival..Kami membawa 2 botol air, sejadah, telekung untuk perempuan, kain pelekat dan baju sejuk..Setiap kumpulan pula dibekalkan mess-tin, beras, garam, telur, tepung, teh, gula, flying sheet dan mancis 3 batang..Agak-agak boleh tak anda gambarkan apa yang boleh di buat dengan barang yanr telah disediakan..Nanti aku ceritakan apa yang kami buat dengan barang yang disediakan..
Sebelum kami menaiki bot, kami semua di rendam di tasik itu..Adalah sebab tertentu mengapa kami semua di rendam dahulu..Kemudian kami menaiki bot dan menuju ke tempat survival..
Setelah sampai di temapt survival, kami telah dipecahkan ke tempat survival masing-masing..Setelah sampai di sana, aku bersama kumpulan aku menyiapkan khemah seperti yang telah kami praktik apa yang telah dipelajari sebelum ini..Malang tak berbau, hujan mula turun..Kami segera menyiapkan khemah supaya dapat kami berteduh..Sambil menyiapkan khemah, Ryzal dan Azizul mencari kayu api..Setelah semuanya selesai, kami menyalakan unggun api supaya kami tak kegelapan..
Pada malam itu, kami memberi tugas secara bergilir untuk menjaga unggun api tersebut sehingga pagi..Pada malam itu kami kelaparan, lalu kami menggunakan apa yang telah di beri sebelu ini..Kami memasak nasi bersama telur..Alhamdulillah, menjadi juga nasi yang kami masak..Kami makan bersama selepas itu..Barang lain yang tidak kami gunakan kami simpan sahaja..Sebab dah tak tahu nak buat pe ngan barang tu..hehehe..
Aku rasa malam tu macam lama sangat sebab tak tahu pukul berapa kerana kami tidak dibenarkan membawa jam..Kami bergilir-gilir untuk menjaga unggun api pada malam itu..Walaupun mengantuk, kami tetap jaga unggun api tu supaya kami tak kegelapan..
Pagi telah menjelma..Kami menunggu sehingga dibenarkan pulang..Tak lama kemudian, kami telah di bawa keluar untuk berkumpul..Sebelum meninggalkan tempat itu, kami membersihkan kawasan tersebut..Alhamdulillah aktiviti survival kami akhirnya tamat dengan jayanya..Rasa macam nak buat lagi aktiviti ni..Maklumlah sebelum ni tak dapat nak merasa aktiviti ni..Segala kenangan pada malam itutak akan aku lupakan..
Sebelum kami meniggalkan tempat survival, kami semua membuat orienteering sama seperti yang telah kami buat ketika di fakulti..Tapi aku akan ceritakan pada coretan yang baru..Sama-samalah kita nantikan ye..hehehe..adios amigos..

No comments: