FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Monday, February 28, 2011

SeLaMaT TiNGGaL TaSiK cHeNDeRoH..

Assalamulaikum..
Hari nie adalah hari terakhir kami semua berada di Tasik Chenderoh.. Kami semua akan bertolak ke Shah Alam untuk Majlis Penutup untuk kem pada kali nie..
Dalam keadaan mengantuk kami semua mengemas barang kami untuk balik ke Shah Alam.. Kami juga mengemas khemah dan segala peralatan yang kami bawa.. Setelah selesai mengemas semua barang, kami membersihkan kawasan perkhemahan kami.. Kami menimbus longkang yang telah di buat sebelum nie.. Agak lama juga masa yang diambil untuk mengemas kesemua barang-barang..
Kami semua berkumpul dan berjalan kaki ke tempat kami turun sebelum nie.. Tepat jam 1330 bas pown sampai.. Tapi malangnya bas yang dah sampai tak mencukupi.. Maknanya adalah yang kena tunggu bas yang lain datang.. Salah seorangnya adalah aku.. Agak lama juga kami menunggu bas yang lain datang..Pada jam 1700 bas yang kami tunggu akhirnya sampai.. Kami pown menaiki bas itu.. Selamat tinggal Perak dan Shah Alam kami akan datang.. Dalam bas apa lagi semua orang tidur termasuklah aku..hahaha.. Sedar-sedar dah sampai Shah Alam..
Sampai je Shah Alam dah malam.. Pada malam nie merupakan Majlis Penutup untuk perkhemahan kami pada kali ini.. Setelah selesai ucapan dari semua tetamu kami semua dihidangkan makanan.. Kami semua beratur untuk mengambil makanan.. Makanan yang ada pada malam nie memang sedap.. Setelah selesai semuanya kami pOwn tidur.. Sebab esok kami kena membasuh segala peralatan yang telah kami gunakan ketika di Tasik Chenderoh..
Sampai di sini sahaja coretan aku pada kali nie..

No comments: