FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Sunday, February 27, 2011

Di TaSiK cHeNDeRoH aKu BeRKaYaK..

Assalakualaikum..
Sebelum nie aku berkayak kat Tasik Shah Alam tapi kali nie aku akan berkayak kat TASIK CHENDEROH.. yahoooo.. Berkayak kat sini lebih mencabar dan memenatkan diriku..hahahaha
Pada sebelah pagi setelah selesai solat subuh, Malaysia Cergas dan sarapan pagi, kami semua berkumpul kat khemah pusat.. Pagi nie kami semua hanya belajar teori tentang kayak.. Cik Megat dan Cik L merupakan fasi untuk aktiviti kayak untuk Tasik Temenggor nie.. Kami semua mempelajari jenis-jenis kayak, anatomy of kayak, paddle dan sign bila berkayak.. Walaupun bdk Shah Alam dah tahu, tapi kami semua tetap belajar juga untuk menambah ilmu lagi..
Selesai kelas teori, kami diarahkan untuk pergi ke tasik untuk buat Water Trading.. Kami semua memakai PFD.. Setelah masuk ke tasik kami diarahkan untuk pergi ke tengah tasik dan buat bulatan besar.. Tapi malangnya bulatan tu tak menjadi..hahaha.. Kami semua diarahkan pula membuat no 10.. Nasib tak menyebelahi kami, no 10 tu pOwn tak berapa nak menjadi sangat.. Setalah selesai buat water trading, kami rehat dan menunggu waktu solat zuhur dan makan..
Lepas makan dan solat, kami berkumpul untuk menaiki kayak.. Tapi sebelum kami dibenarkan menaiki kayak kami perlu mencari pasangan untuk berkayak tapi mesti laki dan perempuan.. Aku dengan Erni.. Dia dari Jengka dan merupakan ahli Gunung Santubong juga.. Kami semua telah menaiki kayak masing-masing.. Sebelum pengembaraan bermula, kami diarah membuat RAFTING untuk berkumpul.. Selepas taklimat diberi kami semua dilepaskan secara bergilir-gilir.. Din dari group aku jadi ketua bagi aktiviti kali nie..So, dia kena lah berkayak bersendirian tanpa berpasangan..
Aku ngan Erni pOwn memulakan dayungan berkayak.. Si Erni nie baru first time nak berkayak.. So aku pOwn ajar lah dia bagaimana nak berkayak walaupun aku masih belum mahir.. Mula-mula susah gak nak kawal.. Kejap kekiri kejap kekanan kayak kami tu.. Bak kata fasi zig zag.. Nasib baik dia nie cepat belajar, kami pOwn dapat mengawal kayak dengan baik.. Kami rasa kami pula yang lebih laju daripada yang lain..hehehe..
Sampai ke checkpoint yang pertama, kami semua membuat rafting.. Lama juga masa yang kami ambil untuk membuat rafting.. Maklumlah ramai pada masa tu.. Selepas buat rafting, setiap orang mesti buat capsize.. Aku ngan Erni kena tukar kayak ngan orang lain sebab kayak kami tak sesuai nak buat capsize.. Setelah bertukar kayak, kami pOwn buatlah capsize tu.. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya.. Setelah semua selesai kami pOwn meneruskan perjalanan..
Dalam perjalanan kami dapat melihat keindahan yang terdapat di Tasik Chenderoh nie.. Sampai di checkpoint satu lagi, seperti biasa kami perlu membuat rafting.. Kali nie kami perlu bertukar kayak semasa rafting.. Kenalah jalan kat atas kayak tu.. Kami perlu pegang kayak dengan kuat supaya kawan kami yang hendak menukar kayak tidak jatuh.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Kami Pown meneruskan perjalanan..Agak jauh juga perjalanan kami.. Aku Pown dah berasa penat.. Belum pernah aku berkayak lama macam nie.. Kat Tasik Shah Alam dulu berkayak kejap je.. Nak wat cam ne kenalah teruskan berkayak kalau tak kami akan ketinggalan..
Sampai kat checkpoint yang lain, kami Pown buat rafting lagi.. Kali nie kami akan melalui di antara bunga teratai yang ada di situ.. Kami semua berjaya melaluinya..
Hari hampir gelap, fasi menyuruh kami supaya berkayak dengan cepat supaya tidak terlambat dan bergelap la kat tasik tu.. Akhirnya kami pown sampai ke camp site kami.. Bila kami sampai rupanya dah Maghrib.. Agak lama juga kami berkayak pada hari ini.. Penat pown tak terkata.. Nielah pengalaman aku sepanjang berkayak di Tasik Chenderoh.. Tak akan aku lupakan..
Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini.. Semoga berjumpa pada pOst yang akan datang..
Antara gambar semasa kami berkayak.. Tapi gambar aku tak ada..


Din sebagai ketua untuk group kami..


seronok nya mereka..

No comments: