FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Saturday, February 26, 2011

tReKKiNg TiMe..

Assalamualikum.. Aktiviti kedua untuk Tasik Temenggor adalah trekking.. Nie lah first time aku nak trekking.. Tak sabar rasanya aku nak mendaki puncak Mandi Angin menurut daripada fasi-fasi..
Sebelum mendaki, kami semua di beri taklimat terlebih dahulu kemudian diikuti warm up.. Mana lah tahu masa mendaki nanti de plak yang cramp kaki..hehehe..Selepas taklimat dan warm up, kami semua pergi ke tasik.. Nape nak ke tasik plak walhal nak pergi mendaki nie.. Sebabnya sebelum mendaki kami semua perlu berenang ke satu tempat yang lain menggunakan PFD.. Semasa berenang, Din telah menjadi ketua bagi group aku sebab dia nie pandai berenang daripada yang lain..
Setelah berenang, kami semua berjalan kaki menuju ke gunung untuk kami mendaki.. Group aku telah dipimpin oleh Cik Ann dan Cik Umi.. Setelah sampai kami pun mula mendaki.. Group kami adalah group yang pertama mendaki diikuti gunung yang lain.. Cuaca pada waktu pOwn tak de lah panas sangat.. So, kurang lah penat sikit.. Dalam perjalanan menuju ke puncak, salah seorang dari group kami iaitu Syira mengalami kekejangan.. Kami semua memberi kata semangat supaya dia tidak berputus asa.. Banyak juga halangan yang perlu di tempuhi.. Setelah beberapa jam, akhirnya kami semua telah sampai ke puncak Mandi Angin.. Kami semua berehat di situ.. Angin di situ agak sejuk.. Mungkin nie lah sebab nya dia di panggil Mandi Angin..hehehe..
Sambil berehat kami menikmati bekalan yang telah disediakan.. Kami menikmatinya seperti biasa iaitu makan bersama.. Setelah selesai berehat, kami pOwn memulakan perjalanan untuk menuruni gunung nie plak.. Semasa dalam perjalanan, Cik Ann telah memberi kami sedikit pengetahuan tentang bunga-bunga yang ada di situ.. Banyak juga yang Cik Ann tahu tentang bunga-bunga di sini..
Akhirnya kami berjaya turun dengan selamat dan jayanya..Sebelum kami meneruskan perjalanan, kami berehat sebentar bersama group yang lain.. Aku lihat muka masing-masing sangat gembira..
Untuk sampai ke kem kembali, kami dikehendaki berenang kembali.. Aduhh.. Alhamdulillah, akhirnya semua sampai dengan selamat.. Banyak pengalaman yang dapat kami semua perolehi dan juga kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..
Bawah ni gambar ketika dalam perjalanan mendaki dan menuruni gunung nie..

GUNUNG SANTUBONG..

merawat kaki Syira yang sakit..

pemandangan daripada atas..

gelagat ketika di puncak..

heppy nya mereka..

No comments: