FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Monday, February 28, 2011

LeMaK MaNiS..

Assalamualaikum...
Pada sebelah malam sebelum kami bertolak ke Shah Alam, kami main satu game yang telah disediakan oleh fasi dan lecture kami.. Tajuk aku kali nie memang de kena mengena ngan game nie.. Aku tak tahu plak pe nama game nie tapi dia macam mencari sesuatu barang dengan klu-klu yang di beri kan..
Kami semua perlu mengumpul kesemua checkpoint yang disediakan.. Klu yang diberikan dalam bentu pantun.. Kami perlu memikirkan jawapan dari pantun tersebut barulah kami dapat mengetahui di mana klu yang lain.. Sebelum kami menjumpai checkpoint yang ke 6 dan seterusnya, kami perlu menjawab soalan yang disediakan.. Soalan nie pelik sikit sebab diaorang tanya melalui lagu Lemak Manis.. Kami pOwn perlu menjawab soalan itu mengikut rentak lagu Lemak Manis tu.. Pada cubaan pertama kali kami gagal.. Kami semua berbincang dan akhirnya cubaan kali kedua kami berjaya.. Kami mendapat klu yang di beri.. Akhirnya dengan usaha gigih kami, kami dapat menjumpai barang yang perlu di cari iaitu beg plastik.. Apa yang ada dalam beg tu.. Kami membukanya dan mendapati di dalamnya terdapat makanan ringan.. Untuk makluman, sepanjang kem kami tidak dibenarkan membawa makanan ringan dan makanan dari luar.. Tak tidur malam kami semua pada hari tu sebab nak menghabiskan game tu ngan cepat.. Semua orang pOwn tak tidur.. Walaupun mengantuk tapi kami amat gembira sebab kami semua dapat bekerjasama dan berusaha mencari HARTA KARUN tu..
Sampai sini untuk Lemak Manis pada kali nie.. adios..



menjamah HARTA KARUN..

No comments: