FuNNy..


Uitm DiHati Ku

Uitm DiHati Ku

Monday, February 28, 2011

CamP cRaFt..

Assalamualaikum..
Nie adalah aktiviti yang terakhir untuk Tasik Temenggor.. Aktiviti nie merupakan aktiviti yang lebih rilek dari semua aktiviti.. Kami diarahkan untuk membersihkan kawasan tapak perkhemahan, membuat longkang yang tak siap, buat ampaian dan banyak lagi..
Group aku telah diarahkan membetulkan kawasan dapur.. Sampai kat kawasan dapur, fasi telah memberitahu apa yang perlu kami buat.. Kami membetulkan tiang yang hampir roboh.. Kami menggantikan dengan tiang yang baru.. Setelah selesai semua kerja di dapur, kami diarahkan membantu rakan-rakan yang masih belum siap kerja masing-masing.. Kami menolong menyediakan ampaian.. Sebelum nak wat ampaian kami mengambil buluh yang berada di belakang tapak perkhemahan kami.. Sebelum nie aku hanya pernah lihat ayahku memotong buluh tapi kali nie aku pula yang potong buluh tu dengan sendiri.. Tapi buluh aku tu kecik je kalau nak dibandingkan dengan buluh yang ayah aku potong dulu.. Janji buluh gak..hahaha.. Masa nak wat ampaian tu kami pOwn praktikkan segala knotting yang telah kami pelajari sebelum nie..
Pada sebelah petang pula, semua kerja telah siap dilakukan oleh semua ahli Tasik Temenggor.. Kami semua berkumpul di khemah pusat.. Kami semua main something game yang mana setiap gunung perlu menyediakan sesuatu game untuk group lain.. Macam-macam game yang kami semua buat termasuklah main teka teki, lari-lari dan pelbagai lagi game yang telah diilhamkan oleh mereka semua.. Gelak ketawa kami semua pada petang tu tak terkecuali fasi juga.. Mana tak nya, macam-macam perangai budak-budak nie.. Memang seronok sangat pada kali ini..
Sampai sini saja coretan untuk aktiviti camp carft pada kali ini.. Berjumpa lagi pada pOst yang akan datang.. adios..

No comments: